Soalan Lazim Taman Negara Kuala Tahan: Harga, Aktiviti dan Tempahan
Pertama kali nak datang ke Taman Negara Kuala Tahan? Biasanya banyak perkara yang bermain dalam fikiran. Berapa harga pakej? Sesuai tak untuk kanak-kanak? Ada pacat ke? Kena pakai kasut hiking mahal atau tidak?
Jangan risau. Kami kumpulkan jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya supaya anda lebih mudah merancang percutian. Kalau masih ada perkara yang kurang jelas, anda boleh terus WhatsApp Arbain untuk mendapatkan penerangan dan menyemak kekosongan pakej.
1. Apakah pilihan pakej yang ada?
Antara pilihan utama ialah Day Trip, pakej 2 Hari 1 Malam dan pakej 3 Hari 2 Malam.
Harga Day Trip ialah RM150 seorang tanpa makan tengah hari atau RM170 seorang termasuk makan tengah hari. Minimum tempahan ialah empat orang.
Untuk pakej 2 Hari 1 Malam, harga motel atau chalet ialah sekitar RM330 seorang, manakala pilihan resort sekitar RM370 seorang.
Bagi pakej 3 Hari 2 Malam, harga motel atau chalet ialah sekitar RM360 seorang, manakala pilihan resort sekitar RM410 seorang.
Harga boleh berubah mengikut tarikh perjalanan, jenis bilik, jumlah peserta dan kekosongan semasa. Hubungi kami terlebih dahulu untuk mendapatkan harga terkini mengikut tarikh pilihan anda.
2. Adakah makan tengah hari disediakan pada hari pertama?
Untuk pakej 2 Hari 1 Malam dan 3 Hari 2 Malam, makan tengah hari pada hari pertama tidak disediakan. Waktu daftar masuk penginapan pula bermula sekitar jam 2.00 petang.
Kami mencadangkan anda makan tengah hari terlebih dahulu sebelum mendaftar masuk. Di sekitar Kuala Tahan terdapat banyak kedai makan yang menyediakan makanan tempatan, jadi tidak susah untuk mencari tempat makan.
Bagi peserta Day Trip, anda boleh datang lebih awal dan bersarapan dahulu sebelum program bermula. Terdapat banyak kedai yang menjual sarapan pagi berhampiran kawasan utama Kuala Tahan.
Selepas selesai sarapan, anda boleh terus bersedia untuk urusan permit sekitar jam 9.15 pagi. Datang awal juga lebih tenang kerana anda mempunyai masa untuk meletakkan kereta, menggunakan tandas dan membuat persediaan sebelum aktiviti bermula.
3. Apakah itinerary untuk Day Trip?
Program biasanya bermula sekitar jam 9.15 pagi dengan urusan permit. Pada jam 10.00 pagi, peserta akan menjalankan aktiviti mendaki Bukit Teresek atau melawat Canopy Walk, bergantung pada keadaan cuaca dan ketersediaan tiket.
Waktu rehat dan makan tengah hari adalah sekitar jam 12.30 tengah hari. Makan tengah hari disediakan untuk pakej RM170. Bagi pakej RM150, peserta boleh membeli makanan sendiri di kedai makan berhampiran.
Selepas berehat, perjalanan diteruskan dengan lawatan ke perkampungan Orang Asli sekitar jam 2.30 petang. Aktiviti Rapid Shooting pula dijalankan lebih kurang jam 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Jadual mungkin berubah sedikit mengikut cuaca, keadaan sungai dan operasi semasa.
4. Kalau peserta kurang daripada empat orang macam mana?
Harga Day Trip ditetapkan dengan minimum empat peserta. Kalau kumpulan anda kurang daripada empat orang, hubungi Arbain terlebih dahulu.
Kami boleh menyemak sama ada terdapat kumpulan lain pada tarikh yang sama atau mencadangkan pilihan yang sesuai. Untuk perjalanan yang lebih lancar, sebaiknya maklumkan tarikh dan jumlah peserta seawal mungkin.
5. Adakah Canopy Walk dibuka setiap hari?
Canopy Walk Seberang Ara telah dibuka semula mulai 22 Jun 2026. Namun, tiket hanya boleh dibeli pada hari lawatan dan jumlah pengunjung dihadkan kepada maksimum 350 orang sehari.
Canopy Walk ditutup pada setiap hari Jumaat. Operasi juga boleh dihentikan serta-merta jika hujan lebat, angin kuat atau keadaan cuaca tidak selamat.
Tempahan awal tiket Canopy Walk tidak boleh dibuat. Jika tiket habis, cuaca tidak mengizinkan atau Canopy Walk ditutup, aktiviti biasanya akan digantikan dengan pendakian Bukit Teresek.
Kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun tidak dibenarkan menaiki Canopy Walk.
6. Sesuai tak untuk kanak-kanak?
Ya, kebanyakan aktiviti sesuai untuk percutian keluarga. Kanak-kanak berumur empat hingga sebelas tahun dikenakan bayaran sebanyak 75% daripada harga dewasa.
Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu mempertimbangkan stamina dan keselesaan anak masing-masing. Kanak-kanak kecil mungkin cepat penat ketika berjalan atau mendaki.
Untuk aktiviti bot, jaket keselamatan akan disediakan. Maklumkan umur kanak-kanak ketika membuat tempahan supaya aktiviti yang sesuai boleh dicadangkan.
7. Bagaimana pula dengan warga emas dan OKU?
Warga emas dan pengunjung OKU juga boleh bercuti di Kuala Tahan. Namun, kesesuaian aktiviti bergantung pada tahap pergerakan dan keadaan kesihatan setiap peserta.
Aktiviti santai seperti menaiki bot dan menikmati pemandangan sungai biasanya lebih mudah. Pendakian Bukit Teresek pula mempunyai laluan berjalan kaki dan bertangga yang mungkin mencabar bagi sesetengah orang.
Beritahu keadaan peserta lebih awal supaya kami boleh membantu memilih aktiviti yang lebih selesa dan tidak terlalu memenatkan. Guide juga akan berada bersama peserta sepanjang aktiviti yang berkaitan.
8. Adakah guide disediakan?
Ya, guide akan menemani peserta sepanjang aktiviti yang berkaitan. Seorang guide boleh mengendalikan maksimum 12 peserta.
Jika kumpulan mempunyai 13 peserta atau lebih, guide tambahan diperlukan. Ini bagi memastikan perjalanan lebih teratur dan setiap peserta mendapat perhatian yang mencukupi.
Guide akan memberikan penerangan, membantu menguruskan perjalanan dan memastikan peserta mengikuti arahan keselamatan. Untuk aktiviti bot, semua peserta perlu memakai jaket keselamatan yang disediakan.
9. Ada pacat tak?
Untuk laluan Day Trip dan aktiviti keluarga biasa, masalah pacat kebiasaannya tidak ketara kerana peserta tidak masuk terlalu jauh ke dalam hutan.
Bagaimanapun, Taman Negara ialah kawasan hutan hujan semula jadi. Jadi, kami tidak boleh menjanjikan bahawa langsung tiada pacat, terutama selepas hujan atau di kawasan yang lembap.
Bagi itinerary biasa, anda tidak semestinya memerlukan stoking antipacat khas. Pakai kasut yang selesa, elakkan berjalan keluar daripada laluan dan ikut arahan guide.
10. Kasut dan pakaian apa yang sesuai?
Tak perlu membeli kasut hiking yang terlalu mahal. Kasut sukan yang mempunyai tapak mencengkam sudah memadai.
Ramai pengunjung juga memilih kasut getah yang biasa dipanggil “Adidas Kampung”. Kasut ini boleh dibeli di kedai DIY, ringan, mudah kering dan sesuai untuk aktiviti yang melibatkan air.
Untuk Rapid Shooting atau aktiviti sungai, sandal bertali juga boleh digunakan. Elakkan memakai selipar yang terlalu longgar kerana ia mudah tercabut.
Pakai baju yang ringan dan cepat kering. Bawa pakaian tambahan kerana anda berkemungkinan terkena percikan air ketika Rapid Shooting.
11. Barang apa yang patut dibawa?
Antara barang yang berguna untuk dibawa ialah:
Beg kalis air atau dry bag
Baju dan seluar tambahan
Tuala kecil
Topi atau penutup kepala
Sunblock
Ubat peribadi
Air minuman
Power bank
Plastik untuk pakaian basah
Wang tunai secukupnya
Jangan membawa terlalu banyak barang ketika aktiviti. Simpan telefon, dompet dan barang elektronik di dalam beg kalis air.
12. Ada kedai makan dan kedai runcit tak?
Ya. Terdapat banyak kedai makan dan kedai runcit di sekitar Kuala Tahan.
Peserta Day Trip boleh datang lebih awal untuk bersarapan sebelum urusan permit bermula. Peserta pakej 2H1M dan 3H2M pula boleh makan tengah hari dahulu sebelum mendaftar masuk ke penginapan pada jam 2.00 petang.
Anda juga boleh membeli air minuman, makanan ringan, keperluan mandi dan barang asas di kedai runcit berhampiran.
Kemudahan lain termasuk tempat letak kereta sekitar RM5 sehari, tandas awam sekitar 50 sen dan bilik mandi sekitar RM1. Surau juga terdapat berhampiran kawasan utama.
13. Bagaimana cara datang dari Kuala Lumpur?
Perkhidmatan shuttle dari Kuala Lumpur ke Kuala Tahan berharga sekitar RM105 seorang untuk perjalanan sehala atau RM210 seorang untuk perjalanan pergi dan balik.
Tempat pengambilan di Kuala Lumpur ialah sekitar Pasar Seni, manakala tempat pengambilan di Kuala Tahan ialah di kawasan Parking Lot.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang tiga setengah hingga empat setengah jam, bergantung pada keadaan trafik.
Shuttle dari Kuala Tahan ke Kuala Lumpur biasanya bertolak pada jam 10.00 pagi. Jika anda datang dari Kuala Lumpur untuk mengikuti Day Trip, sebaiknya tiba di Kuala Tahan sehari lebih awal kerana program bermula sekitar jam 9.15 pagi.
14. Bagaimana dengan trip Sungai Tahan dan Lata Berkoh?
Harga bot ke Sungai Tahan dan Lata Berkoh ialah RM400 untuk sebuah bot dengan maksimum empat penumpang.
Terdapat dua pilihan slot perjalanan:
Slot pagi: sekitar jam 8.00 hingga 9.30 pagi
Slot petang: sekitar jam 2.00 hingga 3.00 petang
Bayaran permit ialah RM5, permit kamera RM1 dan upah urusan guide RM4, menjadikan jumlah keseluruhan sekitar RM10 seorang.
Lawatan turut merangkumi kawasan Fish Sanctuary. Lawatan ke Pokok Giant Tualang telah dihentikan kerana pokok tersebut telah tumbang.
15. Boleh melawat perkampungan Orang Asli?
Lawatan boleh melibatkan Kampung Tabung atau Kampung Dedari, bergantung pada kebenaran, keadaan dan operasi semasa.
Aktiviti CSR juga boleh dirancang. Anda boleh membawa pakaian lama yang masih bersih dan elok, permainan kanak-kanak atau barangan lain yang sesuai untuk disumbangkan.
Sila berbincang dengan pihak kami lebih awal supaya lawatan dan penyerahan sumbangan dapat disusun dengan baik serta menghormati keperluan masyarakat setempat.
16. Berapa deposit untuk membuat tempahan?
Deposit Day Trip ialah RM50 seorang. Untuk pakej 2H1M dan 3H2M, deposit ialah RM100 seorang.
Baki bayaran perlu diselesaikan sekitar tiga hingga lima hari sebelum tarikh ketibaan.
Pembatalan kurang daripada tujuh hari sebelum tarikh perjalanan tidak layak mendapat bayaran balik. Perubahan tarikh atau jumlah peserta pula tidak dibenarkan dalam tempoh kurang daripada tiga hari sebelum perjalanan.
Cara membuat tempahan
Untuk menyemak kekosongan, WhatsApp Arbain di 019 922 8480.
Sertakan maklumat berikut:
Tarikh perjalanan
Jumlah peserta dewasa
Jumlah kanak-kanak dan umur
Pakej yang anda minati
Pilihan motel, chalet atau resort
Lagi awal anda membuat tempahan, lagi mudah untuk kami menyusun penginapan, guide, bot dan aktiviti.
Tekan butang WhatsApp di bawah dan kami akan bantu anda merancang percutian ke Taman Negara Kuala Tahan.