Girls Trip Taman Negara Kuala Tahan – Pakej Mesra Perempuan & Private Group
Siapa kata girls trip kena pergi cafe hopping, shopping atau staycation sahaja?
Kalau satu group dah mula cakap:
“Kita nak pergi tempat lain sikitlah kali ni.”
Apa kata tukar pemandangan daripada mall dan coffee shop kepada hutan hujan, sungai, bot, jeram dan Night Jungle Walk di Taman Negara Kuala Tahan?
Tak perlu jadi hardcore hiker.
Tak perlu angkut beg macam nak masuk hutan seminggu.
Untuk Pakej 2 Hari 1 Malam Taman Negara Kuala Tahan, perjalanan sudah disusun supaya anda boleh datang bersama geng perempuan, check-in, letak beg dan terus enjoy aktiviti.
Ada Rapid Shooting, Kampung Orang Asli, Night Jungle Walk serta Canopy Walk Seberang Ara atau trekking ke Bukit Teresek.
Dan paling penting, aktiviti dilakukan bersama guide yang berlesen.
Untuk aktiviti yang melibatkan bot dan sungai, life jacket disediakan dan perlu digunakan sepanjang aktiviti.
Jadi boleh adventure, boleh gelak kuat-kuat dengan member, boleh ambil gambar sebanyak mana yang mahu — tetapi perjalanan tetap dibuat secara tersusun.
Girls Trip Tapi Tak Nak Pening Susun Semua Sendiri?
Ini sebenarnya antara sebab pakej 2H1M sesuai untuk group perempuan.
Kalau trip DIY sepenuhnya, biasanya seorang akan jadi “mak trip”.
Dia yang kena cari bilik.
Dia yang kena cari guide.
Dia yang kena tanya makan mana.
Dia yang kena check aktiviti.
Dia juga akhirnya yang semua orang WhatsApp:
“Esok pukul berapa?”
“Nak pakai kasut apa?”
“Makan dekat mana?”
“Bot pukul berapa?”
Akhirnya orang yang plan trip paling penat sekali.
Dengan pakej ini, perkara utama seperti penginapan, makan, guide dan aktiviti sudah disusun.
Anda cuma perlu pilih tarikh, kumpulkan geng dan datang ke Kuala Tahan.
Lebih banyak masa untuk enjoy trip, kurang masa untuk buka group WhatsApp dan gaduh pasal itinerary. 😂
Harga Pakej Girls Trip 2 Hari 1 Malam
Untuk pilihan Motel / Chalet:
RM330 seorang
Minimum biasa: 4 pax
Antara penginapan yang digunakan ialah:
Masheer
Teresek
D'Tahan
Penginapan sebenar tertakluk kepada availability pada tarikh perjalanan.
Kalau girls trip anda cuma ada 2 orang, masih boleh WhatsApp kami terlebih dahulu untuk semakan arrangement.
📲 WhatsApp Arbain: 019-922 8480
👉 WhatsApp Arbain – Semak Girls Trip 2H1M Taman Negara
Kalau sudah ada tarikh, terus berikan sekali:
Tarikh + jumlah peserta + jumlah kanak-kanak jika ada.
Apa Yang Termasuk Dalam Pakej RM330?
Untuk pakej 2 Hari 1 Malam Motel / Chalet, anda akan mendapat:
1 malam penginapan di Kuala Tahan
3 kali makan
1× sarapan pagi
1× makan tengah hari
1× makan malam
Guide / pemandu pelancong berlesen
Permit masuk Taman Negara
Token lawatan Kampung Orang Asli
Bot untuk aktiviti yang termasuk dalam pakej
Rapid Shooting
Lawatan Kampung Orang Asli
Night Jungle Walk
Canopy Walk Seberang Ara atau Bukit Teresek
Bagi tetamu Motel / Chalet, makanan akan disusun di restoran terapung atau restoran tempatan mengikut perjalanan program.
Jadi tak perlu habiskan sejam berbincang:
“Nak makan mana?”
Semua orang jawab:
“Apa-apa je.”
Tapi bila pilih restoran semua tak nak. 😂
Kenapa Pakej Ini Mesra Untuk Group Perempuan?
Bila group perempuan merancang outdoor trip, biasanya ada beberapa perkara yang lebih penting daripada sekadar “aktiviti best”.
Anda nak perjalanan yang jelas, tersusun dan ada orang yang mengendalikan aktiviti.
Dalam trip ini, aktiviti dijalankan bersama guide berlesen.
Untuk aktiviti bot dan sungai pula, life jacket disediakan.
Anda tidak dilepaskan begitu sahaja untuk figure out perjalanan sendiri.
Bagi group yang mahu lebih privasi, anda juga boleh bertanya mengenai private group arrangement berdasarkan jumlah peserta dan availability pada tarikh pilihan.
Ini sesuai untuk:
Geng bestie
Adik-beradik perempuan
Cousins trip
Office girls
Mothers & daughters trip
Reunion kawan sekolah
Group wanita yang mahu short getaway
Tak kisahlah umur 20-an, 30-an atau 40-an.
Asalkan anda okay dengan sedikit adventure dan sanggup baju kena percikan air, memang boleh enjoy.
Itinerary Girls Trip 2 Hari 1 Malam
Hari Pertama – Check-in & Terus Adventure
2.00 Petang – Check-in
Sampai sahaja di Kuala Tahan, anda boleh daftar masuk ke Motel atau Chalet yang telah disusun.
Letakkan barang dan bersiap untuk aktiviti petang.
Tips untuk geng perempuan:
Jangan terus pakai outfit paling cantik yang anda simpan untuk OOTD.
Aktiviti pertama ada air. 😂
Pilih pakaian yang selesa dan mudah kering.
Simpan satu set pakaian tambahan untuk selepas aktiviti.
3.00 Petang – Rapid Shooting
Ini masa untuk tahu siapa paling berani dalam group.
Dan siapa yang akan menjerit paling kuat. 😂
Rapid Shooting merupakan pengalaman menaiki bot melalui kawasan sungai dan jeram di Kuala Tahan.
Percikan air memang sebahagian daripada pengalaman.
Untuk aktiviti bot dan sungai, life jacket disediakan.
Sebaiknya bawa:
Waterproof pouch untuk telefon
Pakaian tambahan
Tuala kecil
Plastik untuk simpan baju basah
Kalau anda datang bersama bestie, ini biasanya antara waktu paling banyak video random akan dirakam.
Sebelum naik semua nampak tenang.
Lepas bot masuk jeram, baru keluar perangai sebenar masing-masing.
Lawatan Kampung Orang Asli
Selepas aktiviti sungai, program turut membawa peserta melawat Kampung Orang Asli.
Lawatan dilakukan bersama guide.
Ia memberikan pengalaman yang sangat berbeza daripada sekadar datang bercuti dan tidur di resort.
Anda boleh melihat sendiri sebahagian kehidupan komuniti Orang Asli yang tinggal berhampiran kawasan Taman Negara.
Ini juga antara bahagian trip yang lebih santai selepas keseronokan Rapid Shooting.
Kadang-kadang trip yang best bukan sekadar tentang berapa banyak tempat yang kita pergi.
Ia tentang dapat melihat cara hidup yang berbeza daripada rutin kita sendiri.
7.30 Malam – Makan Malam
Selepas selesai aktiviti petang, masa untuk mandi, tukar pakaian dan makan malam.
Bagi kategori Motel / Chalet, tempat makan akan disusun di restoran terapung atau restoran tempatan mengikut perjalanan program.
Dan jangan makan terlalu banyak sampai rasa nak tidur terus.
Sebab malam belum habis.
8.30 Malam – Night Jungle Walk
Kalau anda nak tahu siapa dalam group yang paling cepat cuak bila terdengar bunyi daun bergerak, inilah masanya.
Night Jungle Walk dilakukan bersama guide berlesen.
Anda akan berjalan di kawasan hutan pada waktu malam sambil guide menerangkan perkara menarik yang ditemui sepanjang perjalanan.
Lampu bandar tak ada.
Shopping mall tak ada.
Yang ada bunyi hutan, serangga dan suasana malam Taman Negara.
Taman Negara ialah habitat semula jadi, jadi tak ada siapa boleh menjanjikan anda akan melihat haiwan tertentu.
Apa yang ditemui setiap malam mungkin berbeza.
Dan itu sebenarnya yang membuatkan pengalaman ini menarik.
Anda tak tahu apa yang akan nampak malam itu.
Sekitar 10.00 malam, program selesai dan bolehlah balik berehat.
Atau sambung sembang dalam bilik sampai pukul 2 pagi dan menyesal masa alarm bunyi esok pagi. 😆
Hari Kedua – Sarapan & Masuk Hutan Lagi
8.00 Pagi – Sarapan
Sarapan dahulu sebelum aktiviti pagi.
Pakai kasut yang selesa dan bawa air minum.
Tidak perlu membawa handbag satu dunia ke dalam hutan.
Beg kecil sudah memadai.
9.00 Pagi – Canopy Walk Seberang Ara
Jika beroperasi pada hari perjalanan anda, program diteruskan ke Canopy Walk Seberang Ara.
Ini antara spot yang ramai mahu cuba apabila datang ke Taman Negara.
Berjalan di laluan tinggi dengan kehijauan hutan di sekeliling memang pengalaman yang lain daripada biasa.
Dan sudah tentu tempat macam ni memang susah untuk tahan daripada ambil gambar.
Cuma jangan ambil masa 20 minit seorang untuk posing sampai group belakang dah beratur. 😂
Ada beberapa perkara penting:
Canopy Walk ditutup setiap hari Jumaat.
Kanak-kanak bawah 7 tahun tidak dibenarkan masuk Canopy Walk.
Operasi juga tertakluk kepada keadaan semasa dan faktor keselamatan.
Kalau Canopy Walk Tutup?
Tak perlu kecewa.
Program akan digantikan dengan trekking ke Bukit Teresek.
Anda masih dapat masuk ke kawasan hutan dan menikmati pengalaman trekking bersama guide.
Bukit Teresek juga memberikan pengalaman Taman Negara yang lebih dekat dengan alam.
Kalau geng anda bukan kaki hiking tegar pun, datang dengan kasut yang sesuai dan ikut perjalanan bersama guide.
Tak ada pertandingan siapa sampai paling awal.
Girls trip kan.
Kawan tertinggal belakang, tunggu dia. 😄
11.00 Pagi – Lunch
Selepas selesai aktiviti pagi, masa untuk makan tengah hari.
Makan tengah hari merupakan salah satu daripada 3 kali makan yang termasuk dalam pakej.
Biasanya masa inilah semua mula buka galeri telefon dan tengok balik video semalam.
Dan mula tanya:
“Siapa rakam muka aku masa bot tu? Delete sekarang.”
12.00 Tengah Hari – Check-out
Selepas lunch, peserta boleh mengambil barang dan check-out.
Program 2 Hari 1 Malam selesai sekitar tengah hari.
Masa perjalanan adalah anggaran dan boleh berubah mengikut operasi, cuaca serta keadaan keselamatan.
Girls Trip Tak Semestinya Kena Glamour
Kadang-kadang trip yang paling kita ingat bukan trip yang semuanya perfect.
Baju basah.
Rambut dah tak tahu rupa macam mana.
Kasut ada tanah.
Kawan menjerit masa Rapid Shooting.
Malam-malam semua tiba-tiba jalan rapat bila masuk hutan.
Itu yang jadi cerita bertahun-tahun kemudian.
Taman Negara memberikan pengalaman yang memang susah nak recreate dalam cafe atau hotel.
Anda dapat sungai, hutan, budaya dan adventure dalam satu short trip.
Boleh Buat Private Group Perempuan Sahaja?
Kalau anda mahu datang bersama group perempuan sendiri, boleh maklumkan semasa membuat pertanyaan.
Kami boleh semak arrangement berdasarkan:
Tarikh
Jumlah peserta
Penginapan
Availability
Kalau private arrangement merupakan keutamaan anda, beritahu dari awal supaya semakan boleh dibuat dengan lebih tepat.
Dan satu perkara penting — guide yang mengendalikan aktiviti adalah guide berlesen.
Kalau anda mempunyai permintaan tertentu mengenai arrangement group, tanya sahaja terlebih dahulu sebelum confirm.
Bagaimana Dengan Keselamatan Aktiviti Air?
Untuk aktiviti yang melibatkan bot dan sungai, peserta akan menggunakan life jacket.
Ikut arahan guide dan kru sepanjang aktiviti.
Jangan buka life jacket semata-mata sebab rasa gambar lagi cantik tanpa life jacket.
Gambar boleh ambil lagi.
Safety jangan kompromi.
Begitu juga dengan aktiviti hutan — sentiasa ikut guide dan jangan keluar daripada perjalanan group sendiri.
Sesuai Untuk Perempuan Yang Tak Pernah Masuk Hutan?
Ya.
Anda tak perlu menjadi pendaki berpengalaman untuk join pakej 2H1M ini.
Malah ia sesuai sebagai pengalaman pertama bagi mereka yang mahu cuba outdoor trip tetapi belum bersedia untuk ekspedisi hutan yang panjang.
Dalam masa 2 hari, anda dapat mencuba beberapa jenis pengalaman:
Bot → Sungai → Orang Asli → Hutan malam → Trekking / Canopy Walk.
Semuanya dalam satu trip.
Apa Perlu Bawa Untuk Girls Trip Taman Negara?
Antara barang yang kami cadangkan:
Baju yang selesa
Pakaian ganti
Kasut yang mempunyai grip
Sandal jika perlu
Raincoat / poncho
Insect repellent
Waterproof pouch
Tuala kecil
Air minum
Power bank
Plastik untuk pakaian basah
Beg kecil untuk aktiviti
Dan ya, skincare boleh bawa.
Tak ada siapa suruh tinggalkan skincare dekat KL. 😂
Cuma tak perlu bawa satu luggage macam nak pindah rumah kerana trip hanya satu malam.
Girls Trip Berdua Pun Boleh Tanya
Minimum biasa pakej ialah 4 pax.
Tetapi kalau anda dan bestie cuma 2 orang, masih boleh WhatsApp Arbain untuk semakan availability.
Arrangement bergantung kepada tarikh.
👉 WhatsApp Arbain – Girls Trip 2 Orang
Pakej Girls Trip Taman Negara 2 Hari 1 Malam
Ringkasnya:
Motel / Chalet – RM330 seorang
Minimum biasa: 4 pax
Penginapan seperti:
Masheer
Teresek
D'Tahan
Tertakluk kepada availability.
Termasuk:
1 malam penginapan
3 kali makan
Guide berlesen
Permit Taman Negara
Token Orang Asli
Bot aktiviti
Life jacket untuk aktiviti bot / sungai
Rapid Shooting
Kampung Orang Asli
Night Jungle Walk
Canopy Walk atau Bukit Teresek
Kalau anda dah lama cakap dalam group:
“Kita kena plan girls trip ni.”
Tapi sampai hari ini plan cuma tinggal dalam WhatsApp group, mungkin kali ni betul-betul pilih tarikh. 😆
📲 WhatsApp Arbain: 019-922 8480
👉 Semak Girls Trip Taman Negara Kuala Tahan
Girls trip tak semestinya shopping. Kadang-kadang masuk hutan, naik bot, kena percik air dan gelak ramai-ramai dengan bestie jauh lebih memorable.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan